KEUSAHAWANAN-NS VENTURES

Pada 28 April yang lalu, telah diadakan kursus grafik menggunakan aplikasi Canva yang dianjurkan oleh Cik Syakirin selaku tenaga pengajar.Beliau yang juga mempunyai pengalaman sebagai tenaga pengajar untuk pemasaran di FB dan atas talian menggunakan kemahiran beliau bagi memudahkan lagi pemahaman peserta melalui perisian Canva ini. Kelas selama 3 jam itu, yang bermula pada pukul 10 pagi tertumpu kepada pengenalan, taklimat dan praktikal oleh peserta menggunakan perisian tersebut yang mana perserta yang hadir ini tidak pernah lagi menggunakan perisian Canva ini. Seiring dengan taklimat, peserta akan mengaplikasikan terus kepada perisian Canva langkah demi langkah untuk memastikan peserta lebih mudah faham.

 

Pada 25 March yang lalu , bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting telah diadakan Program eUsahawan anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) . Program ini bertujuan memberi latihan keusahawanan digital secara percuma kepada usahwan Mikro untuk merekaa yang ingin menjadi seorang usahawan digital.

Pada program tersebut seramai 20 peserta menghadiri kelas yang diselia dan dipimpin oleh Pn. Wan Fatmasuriati Yahya, pegawai dari MDEC yang berpengalaman. Antara skop yang diajar ialah  Facebook untuk bisnes, Pemasaran menggunakan Whatapp, Search Engine Optimazation (SEO), Teknik Copywitting dan pelbagai. Sepanjang sesi berlansung, mereka juga didedahkan dengan tips, adab dalam perniagaan online. Peserta juga dibahagikan kepada kumpulan untuk melatih mereka befikir secara cepat dan kreatif dan diberi peluang mempromosikan produk mereka. Mereka juga buka nsahaja mendengan tapi diberi latihan secara praktikal. Selain itu, mereka belajar mengenai perisian canva dan mengkap gambar produk meeka menggunakan mini studio yang disediakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting.Pengerusi Pusat Internet 1 Malaysia, En. Hakimi memberi sedit ucapan dan mengharapkan program sebigini akan diteruskan dan beliau berbanggga kerana ramai anak muda berminit menceburi bisnes secara digital. Program yang bermula pada pukul 9 berakhir pada pada pukul 6.00 petang.

 

Siti Nor Binti Saidin adalah singkatan kepada S.N.S seperti yang tertera di kotak hadapan bungkusan belacan . Beliau merupakan salah seorang ahli bedaftar di Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting.Beliau mengusahakan perniagaan pembukusan belacan. Mempunyai kilang sendiri di Kamunting, produk beliau telah lama berada dipasaran dan boleh didapati di pasar-pasar dan kedai-kedai dngan mudah. Beliau memasarkan belacan dalam paket yang kecil dan dijual dengan harga yang berpatutan.

 

S.N.S Belacan Pulau Pinang

No. 27, Lorong Perdana,

Kg. Kurnia Jaya Sambungan,

34600 Kamunting,Taiping, Perak

Tel:05-8912869 H/P : 0125340751

 

 
 

Dianjurkan oleh Taiping Entrepreneurs, satu bengkel keusahawan telah diadakan pada 30 Oktober yang lalu bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting. Memberi fokus kepada pemasaran dalam facebook, kursus yang disertai oleh 5 orang peserta ini menekankan aspek teknikal, dimana peserta harus mengaplikasikan ilmu yg diberi ke dalam facabook mereka.

Peserta juga diberi tunjuk ajar secara dekat yang mana memudahkan lagi pemahaman para peserta itu sendiri. Kursus yang dipimpin oleh Cik Syakirin ini juga ada menyediakan nota untuk meningkatkan lagi pemahaman peserta.