Pada 26hb April yang lalu, telah diadakan Program Kenali Diri Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM) anjuran Kemas Parlimen Taiping di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting. Objektif program tersebut memperkasakan dan memberi pendedahan kepada belia-belia dengan semangat jati diri dan patriotisma serta pendedahan mengenai sejarah negara dan kesedaran sebagai warganegara.Selain itu, program ini juga bertujuan mewujudkan pemimpin pelaspis di kalangan belia.Antara aktiviti yang berlansung di program tersebut adalah seperti Indoor Games serta ceramah isu-isu semasa.

 

 

Pada 21 Januari yang lalu, Persatuan Wanita India Kawasan Kamunting telah menganjurkan program Sukaneka yang berlansung di perkarangan Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting bertujuan mendekatkan silaturrahim antara ahli-ahli Persatuan serta memberi taklimat berkaitan program -program anjuran Persatuan Wanita India Kawasan Kamunting. Pada program tersebut beberapa acara telah disusun seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, permainan  untuk golongan dewasa dan kanak-kanak seperti tarik tali dewasa, meniup belon dan bawa bola dalam sudu bagi kanak-kanak.Pusat Internet juga tidak ketinggalam memberikan perkhidmatan pemeriksaan tekanan darah kepada peserta yang hadir.

 

Persatuan ibu Tunggal Parlimen Taiping mengadakan program bantuan kepada ahli -ahlinya dalam program memberi bantuan YBU.dalam masa yang sama persatuan ini telah mendakan mesyuarat bagi tujuan merancang program pada masa hadapan,

pihak pusat internet kamunting memberi taklimat dan mengemaskini kemahiran serta memberi maklumat kepada perstuan ini dan sentiasa memantau kegiatan yang berkongsepkan ICT yang beterusan kepada golongan wanita kususnya.

Pada 9 Januari yang lalu, telah berlansung mesyuarat bagi Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia Cawangan Parlimen Taiping yang dihadiri seramai 11 orang . Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 ptg dan berakhir pada pukul 5.00 ptg dipengerusikan oleh Pn. Salmah binti Ahmad membincangkan isu-isu berkaitan ahli, program yang telah dan akan dirancang, masalah berbangkit dan soal jawab di antara ahli-ahli.

 

Seramai 9 peserta menghadiri kelas  Intel yang diadakan pada 19 Nov yang lalu  dibawah Persatuan Ibu Tunggal dari sekitar Kamunting  dan Taiping. Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia kamunting, para peserta diajar  mengenai asas komputer dan pengenalan kepada Microsoft Family. Setiap peserta harus mengendalikan sendiri tugas yang diberi bagi menambah kefahaman mereka.