Pada 26hb April yang lalu, telah diadakan Program Kenali Diri Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM) anjuran Kemas Parlimen Taiping di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kamunting. Objektif program tersebut memperkasakan dan memberi pendedahan kepada belia-belia dengan semangat jati diri dan patriotisma serta pendedahan mengenai sejarah negara dan kesedaran sebagai warganegara.Selain itu, program ini juga bertujuan mewujudkan pemimpin pelaspis di kalangan belia.Antara aktiviti yang berlansung di program tersebut adalah seperti Indoor Games serta ceramah isu-isu semasa.