Berita baik kepada komuniti setempat, Dashboard Komuniti sekali lagi menganjurkan pertandingan Dasboard Komuniti bagi tahun 2018 untuk memberi peluang kepada komunti memenangi hadiah-hadiah menarik yang disediakan oleh pihak penganjur. Untuk menyertai pertandingan Dashboard ini, peserta wajib menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia, dan kepada yang masih belum menjadi ahli, boleh hadir ke Pusat Internet berdekatan untuk mendaftar.

Pertandingan kali ini terbahagi kepada tiga iaitu :

1) Pertandingan Module My Shop (mac-apr)-bermula   26 mac 2018 
2) Pertandingan Module My Health (mei-Ogos)
3) Pertandingan Module My Career (Sept - Dis)
 
**Setiap Modul mengandungi 20 soalan.
**Soalan akan dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.
 

 Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hadir ke pusat Internet behampiran. Bagi  yang telah mendaftar menjadi ahli , boleh klik di sini untuk menyertai pertandingan ini.

 

 

 

 

 

sila klik poster untuk maklumat lanjut..

Daerah Larut Matang dan Selama terdiri dari 9 mukim :

1. Bandar Taiping

2. Matang

3. Sungai Tinggi

4. Bukit Gantang

5. Batu Kurau

6. Trong

7. Selama

8. Ulu Selama

9. Ijok

 

Bilangan Parlimen (3):

1. Larut

2. Bukit Gantang

3. Taiping

 

Bilangan Dun (11):

1. Kamunting

2. Air Kuning

3. Batu Kurau

4. Trong

5. Selama

6. Kubu Gajah

7. Changkat Jering

8. Pantai Remis

9. Pokok Assam

10. Aulong

11. Kuala Sepetang

 

 

Pada 24hb Mac yang lalu, telah berlansungnya Program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia  di  Pusat Internet 1 Malaysia dimana sesi bagi penyerahan Inden Kerja  RMR1M peringkat Dun Kamunting (Parlimen Taiping ) melibatkan pegawai -pegawai SPNB, Kontraktor serta pemohon . Majlis dirasmikan oleh YB Adun Kamunting,Dato' Mohammad Zahir seterusnya menyerahkan Sijil Kelayakan & Inden Kerja melibatkan 13 pemohon dan 5 Kontraktor Parlimen Bagan Serai.

Program Rumah Mesra Rkyat diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.Program diteruskan dengan penerangan dari pegawai SPNB berkenaan pinjaman, bayaran, status rumah, tempoh siap dan sebagainya dan diakhiri dengan sesi soal jawab.