Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

 
Pi1M Kg. Kamunting menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan

 

 

 

JUMLAH KEAHLIAN :

Pi1M Kg. Kamunting telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2014. Ramai telah mendaftar diri dengan Pi1M Kg. Kamunting bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah :

 

AHLI LAMA

811

AHLI BARU BULAN OKT 2017

13

 KESELURUHAN PADA OKT 2017

824

 

 

 KENALI PETUGAS PI1M : 

Untuk menjadi petugas Pi1M, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pi1M. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 
PENGURUS
 wady
 
Nama : Mohamad Erwandy Bin Mohamad Arif
Mula berkhidmat : 27 Ogos 2013
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
su
 
Nama : Suryana Binti Ahmad
Mula berkhidmat : 04 Julai 2014