Pada 2 Oktober yang telah berlansung mesyuarat bagi Persatuan Ibu Tunggal  di Pusat Internet Kamunting. Mesyuarat Persatuan Ibu Tunggal yang bermula pada jam 3 petang ini dihadiri seramai 13 orang AJK dan dipengerusikan oleh Puan Salamah. Pada mesyuarat kali ini, mesyuarat banyak menumpukan kepada mencari jalan penyelesaian kepada masalah berbangkit serta aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan pada masa akan datang. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang dengan sedikit jamuan ringan. 

Satu mesyuarat Ibu Tunggal Cawangan Kamunting telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia pada 17April yang lalu. Mesyuarat kali ini adalah adalah untuk membincangkan program-program pada masa akan datang serta membingcangkan isu-isu berbangkit. Mesyuarat telah dihadiri seramai 10 orang peserta Ibu Tunggal. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Ibu Tunggal iatu Pn. Salmah binti Ahmad dan seterusnya majlis diteruskan dengan atucara yang telah diatur. Mesyuarat selesai pada pukul 4.30 petang dan diakhiiri dengan penyampaian cenderahati dari Pusat Internet 1 Malaysia 

 

 

Bagi menambah pendapatan atau membolehkan wanita menjana duit sampingan terutama pada suri rumah, KPW dengan kerjasama Jabatan Pertanian dan Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting mengadakan demo masakan. Tunjuk adalah dari Jabatan Pertanian menengahkan dua menu yang mudah iaitu Jeli Kelapa dan Coconut Shake memandangkan bahan-bahan tersebut yang mudah diperolehi dan sesuai dalam keadaan musim sekarang.Peserta yang ada

Sempena sukan 1 Malaysia yang diadakan di seluruh negara, Persatuan Ibu Tunggal  Kamunting juga tidak terkecuali menganjurkan sukan rakyat yang diadakan pada hari Ahad ,9 Oktober 2016 bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting. Program yang bermula pada pukul 8 pagi dimulakan dengan sedikit ucapan serta penerangan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal iaitu Pn. Salamah. pelbagai aktiviti dan acara yang menarik seperti pertandingan memasak, gubahan bunga, serta sukan rakyat diadakan. Penyampaian hadiah diselang seli dengan cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi program tersebut. 

 

Bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kamunting, pada 12 Mei yang lalu, berlansungnya mesyuarat Agong Tahunan Ibu Tunggal Kebangsan Malaysia Perak Parlimen Taiping Kali ke 2 bagi tahun 2016. Mesyuarat yang dihadiri seramai 15 ahli jawatankuasa dimulai dengan ucapan Pengerusi Mesyuarat dan kemudian membincangkan aktiviti dan isu yang lepas serta aktiviti yang akan dilakukan pada masa akan datang. Ahli-ahli jawatankuasa juga turut serta dengan memberi komen, idea serta candangan mereka bagi memantapkan lagi persatuan ini. Mesyuarat yang bermula jam 3 petang berakhir pada pukul 5 petang .